Haruhi Suzumiya (novel ringan)
Haruhi Suzumiya (novel ringan)

Haruhi Suzumiya (novel ringan)

Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの憂鬱, Suzumiya Haruhi) merupakan sebuah siri novel-novel ringan Jepun karya Nagaru Tanigawa dan ilustrasi oleh Noizi Ito yang mengisahkan kehidupan seorang gadis sekolah menengah bernama Haruhi Suzumiya bersama-sama rakan-rakannya dalam kelab ciptaannya yang digelar SOS Brigade. Siri ini diadaptasikan menjadi sebuah siri anime oleh studio animasi Kyoto Animation, arahan oleh Tatsuya Ishihara pada tahun 2006 yang berjudul The Melancholy of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの憂鬱, Suzumiya Haruhi no Yūutsu), yang mula ditayangkan dari 2 April 2006 hingga 2 Julai 2006.Novel pertamanya yang berjudul The Melancholy of Haruhi Suzumiya telah memenangi Anugerah Utama dalam Annual Sneaker Awards yang kelapan, di mana hadiah tersebut merupakan yang ketiga dalam sejarah anugerah itu. Siri ini amat berjaya dijual di Jepun, di mana sejumlah 4,300,000 buah salinan habis dijual secara keseluruhannya. Setakat ini, terdapat 9 buah novel individu yang dikeluarkan.Musim kedua siri anime judul ini pertama kalinya diumumkan Asahi Shimbun pada 7 Julai 2007 di Jepun.